Sunday 24 December 2017

Minggu Inovasi Bakeri

Assalamualaikum

Hari ni aku nak cerita pasal inovasi bakeri. Sapa yang pernah buat inovasi bakeri sila angguk kepala anda.

Inovasi ni macam hang kena buat permbaharuan pada produk yang telah sedia ada. Lect suruh kami cabut undi dulu untuk nak tau dapat produk bakeri apa. Cabut punya cabut, then iolls dapat pastry choux. Pastikan sebut choux tu betoi-betoi. Dia bukan bunyi coqqqq tau macam hang makan coq pisang tu, bunyi dan sebut dia yang betul 'shu' bukan 'coq'. HAHAHAHA. Pernah sekali aku kena marah dengan En Fuad(pegawai makmal amali) sebab sebut choux tu salah, nanti nak mengajaq anak orang salah sebut. Buat malu ja. Dah la nanti kena mengajaq budak KV yang confirm dah expert pasai bakeri ni. Iolls kennot!

Pening dok pikir inovasi yang nak dibuat dengan choux pastri ni sebab kami diberi tema menggunakan makanan sunnah atau makanan sihat. Pilih hang nak makanan sunnah, makanan sihat pedia nak tarok dalam produk hang. Mula-mula, aku dgn partner aku, noor fikir nak ambil labu tau. Labu kan makanan sunnah. Sekali google, creampuff labu dah ada orang buat dah. So kami tak boleh buat inovasi benda yang dah ada. So cari punya cari, kami dengan sebulat suara ambik halba. Aku sendiri tak terbayang macam mana boleh ambik halba, sebab halba sangat-sangat pahit bila hang blend dia weh. Bau dia sumpah macam ubat. Nak tau pasai halba, tekan ni.

Semua classmate aku pelik awat ambik halba. Sebab kebanyakkan classmate aku semua ambik makanan sunnah, sihat yang sedia ada memang manis cukup, macam delima, kiwi, barli, buah tin macam-macam lagi lah. Kumpulan aku sorang ja yang ambik halba yang confirm dia kategori herba kan. Sapa ja yang suka makan herba habaq mai. Kebanyakkan halba ni orang letak dalam makanan bila buat nasi dagang.

Tengok je macam comel, tapi bila hang blend baru tau rasa dia mcm mana. dan orang guna halba ni dalam kuantiti sikit je untuk masakan. Sebagai naikkan lagi aroma masakan tu. Gituuu.

Susah buat pastri choux ni. Hang kena pastikan produk hang naik tau. I mean pastri choux dalam dia kan berongga. Kalau sapa selalu makan creampuff tu, akan tau dalam dia berongga kan. Sebab tu boleh pipe inti castard kat dalam.

Tapi kami tak buat creampuff, kami buat eclairs. Tangan dah lama tak buat eclairs kan. So bila piping kat atas tray tu, macam pacat pun ada. Lupa nak bagitau, kami buat 3 sampel. Sampel pertama, guna 10 gram halba, sampel kedua 5 grm halba, dan sampel 3, guna 1 grm halba.

Sumpah tak tipu sampel pertama yang 10 grm tu sangat-sangat pahit + kelat. Nak pengsan aku walaupun rasa secubit ja. Tapi tak naik pun yang 10 g tu. Maksudnya, dalam eclairs tu tak berongga langsung, padat ja. 


Sebelah kanan 10 g, sebelah kiri 5 g halba. Kanan tu nampak gelap sikit effect daripada halba warna dia hijau kan.

Sorry gambaq ni aku tak sempat nak kalih dia. So maafkan sistur sebab kena pusing kepala tu sikit. Tengok yang bawah kembungkan, sebab dia ringan, so boleh berongga dekat bahagian dalam tu. Yang 10 g tu tak ada rongga sebab kuantiti halba tu berat sangat.


Yang pelik dan istimewa eclairs kami pulak, kami letak inti savoury. Sebab apa letak? Sebab inti savoury boleh tutup rasa halba tu. 5 gram pun kau still dapat rasa lagi tau halba tu. Kami letak inti savoury baru masuk dengan herba ni. Kalau inti castard tak masuk langsung. So dengan gigihnya, kami buat  inti sardin. Masaklah sardin tin tu macam buat inti karipap sardin. Memang inti savoury dapat tutup rasa halba tu tau, cuma still halba dalam eclairs tu dapat rasa lagi.

So nanti bila-bila sistur rajin, sistur sambung pulak entri ni dengan hari penilaian inovasi. Sumpah getaq haritu sebab lect yang nilai rasa sesuai ke tak eclairs halba ni.

Kbye. Thank you for reading this entry!

No comments:

Post a Comment