Tuesday 7 April 2020

Filem Review : The Odd Family : Zombie On Sale

Assalamualaikum, hye geng.


Hari ni aku nak buat sedikit review pasal movie yang aku tengok baru-baru ni. Aku nak cadangkan korang untuk tengok movie ni bagi sesiapa yang belum tengok lagi movie ni. Movie ini sesuai ditonton untuk hampa hampa yang suka gerne komedi seram, dan bagi aku tak seram pun. Kalau seram pun cuma ada 0.01% ja. Hahaha. Kalau korang bosan tak tau nak buat apa kan masa cuti ni, boleh la tengok movie ni. Movie ni sesuai jugak untuk tontonan satu family. Boleh la ajak mak, pak, adik, kak hang tengok movie ni depan tv tu sambil makan cokelat yang beli senighiiii nahhh.
The Odd Family : Zombie On Sale
Genre : komedi, seram tapi macam tak
seram haha
Movie ni sebenarnya cerita pasal satu family yang terjumpa dengan satu zombi. Jangan risau, zombi ni segak gila hahaha.  Setakat tengok movie pasal zombi ni tak pernah jumpa lagi zombi segak macam ni hahahaha. Yang menarik tu, zombi ni makan kobis kau hahahah. Aku tak tau kenapa dia makan kobis, mungkin bentuk kobis macam otak kot haha!
Zombi ni makan kobis tambah sos hahaha
Jadi, family ni gunakan zombi ni untuk kerja dengan diorang. Kerja apa zombi ni boleh buat? Hahaha! Kerja dia adalah gigit pakcik-pakcik yang berusia, setiap gigitan akan dikenakan bayaran dan kesan daripada gigitan tu diorang jadi muda, cergas, aktif macam zaman muda mudi dulu. 😂 So banyak la pakcik-pakcik datang kat kedai family ni sebab nak nampak awet muda balik. Rupa-rupanya, ada benda buruk dekat pakcik-pakcik ni lepas kena gigit dengan zombi tu.
Ni scene pakcik dah kembali awet muda. 
Kalau nak tau lepas tu jadi apa, korang kena tengok sendiri. Kalau aku cerita semua nanti tak sursuripris pulak. Hahaha. Sebenarnya aku yang tak rajin nak taip panjang panjang. 
Untuk rating cerita ni aku bagi 8.9/10. Bagi aku movie ni lebih kepada komedi la. Sepanjang masa ada ja lawak dalam cerita ni. Dari segi plot pulak tak berapa berat sangat. 
Jadi untuk sesiapa yang perlukan hiburan untuk menceriakan hari-hari anda tu, bolehlah tengok movie ni dengan family. Nak tunggu crush ceriakan hidup hampa, macam harapan tak cerah kan. I feel you bruh! Hahahaha. Okey, sampai sini saja post aku kali ni. Sorry kalau ada perkataan dalam loghat kedah yang hampa kurang faham.
Byee, Assalamualaikum geng.