Sunday 24 December 2017

Minggu Inovasi Bakeri

Assalamualaikum

Hari ni aku nak cerita pasal inovasi bakeri. Sapa yang pernah buat inovasi bakeri sila angguk kepala anda.

Inovasi ni macam hang kena buat permbaharuan pada produk yang telah sedia ada. Lect suruh kami cabut undi dulu untuk nak tau dapat produk bakeri apa. Cabut punya cabut, then iolls dapat pastry choux. Pastikan sebut choux tu betoi-betoi. Dia bukan bunyi coqqqq tau macam hang makan coq pisang tu, bunyi dan sebut dia yang betul 'shu' bukan 'coq'. HAHAHAHA. Pernah sekali aku kena marah dengan En Fuad(pegawai makmal amali) sebab sebut choux tu salah, nanti nak mengajaq anak orang salah sebut. Buat malu ja. Dah la nanti kena mengajaq budak KV yang confirm dah expert pasai bakeri ni. Iolls kennot!

Pening dok pikir inovasi yang nak dibuat dengan choux pastri ni sebab kami diberi tema menggunakan makanan sunnah atau makanan sihat. Pilih hang nak makanan sunnah, makanan sihat pedia nak tarok dalam produk hang. Mula-mula, aku dgn partner aku, noor fikir nak ambil labu tau. Labu kan makanan sunnah. Sekali google, creampuff labu dah ada orang buat dah. So kami tak boleh buat inovasi benda yang dah ada. So cari punya cari, kami dengan sebulat suara ambik halba. Aku sendiri tak terbayang macam mana boleh ambik halba, sebab halba sangat-sangat pahit bila hang blend dia weh. Bau dia sumpah macam ubat. Nak tau pasai halba, tekan ni.

Semua classmate aku pelik awat ambik halba. Sebab kebanyakkan classmate aku semua ambik makanan sunnah, sihat yang sedia ada memang manis cukup, macam delima, kiwi, barli, buah tin macam-macam lagi lah. Kumpulan aku sorang ja yang ambik halba yang confirm dia kategori herba kan. Sapa ja yang suka makan herba habaq mai. Kebanyakkan halba ni orang letak dalam makanan bila buat nasi dagang.

Tengok je macam comel, tapi bila hang blend baru tau rasa dia mcm mana. dan orang guna halba ni dalam kuantiti sikit je untuk masakan. Sebagai naikkan lagi aroma masakan tu. Gituuu.

Susah buat pastri choux ni. Hang kena pastikan produk hang naik tau. I mean pastri choux dalam dia kan berongga. Kalau sapa selalu makan creampuff tu, akan tau dalam dia berongga kan. Sebab tu boleh pipe inti castard kat dalam.

Tapi kami tak buat creampuff, kami buat eclairs. Tangan dah lama tak buat eclairs kan. So bila piping kat atas tray tu, macam pacat pun ada. Lupa nak bagitau, kami buat 3 sampel. Sampel pertama, guna 10 gram halba, sampel kedua 5 grm halba, dan sampel 3, guna 1 grm halba.

Sumpah tak tipu sampel pertama yang 10 grm tu sangat-sangat pahit + kelat. Nak pengsan aku walaupun rasa secubit ja. Tapi tak naik pun yang 10 g tu. Maksudnya, dalam eclairs tu tak berongga langsung, padat ja. 


Sebelah kanan 10 g, sebelah kiri 5 g halba. Kanan tu nampak gelap sikit effect daripada halba warna dia hijau kan.

Sorry gambaq ni aku tak sempat nak kalih dia. So maafkan sistur sebab kena pusing kepala tu sikit. Tengok yang bawah kembungkan, sebab dia ringan, so boleh berongga dekat bahagian dalam tu. Yang 10 g tu tak ada rongga sebab kuantiti halba tu berat sangat.


Yang pelik dan istimewa eclairs kami pulak, kami letak inti savoury. Sebab apa letak? Sebab inti savoury boleh tutup rasa halba tu. 5 gram pun kau still dapat rasa lagi tau halba tu. Kami letak inti savoury baru masuk dengan herba ni. Kalau inti castard tak masuk langsung. So dengan gigihnya, kami buat  inti sardin. Masaklah sardin tin tu macam buat inti karipap sardin. Memang inti savoury dapat tutup rasa halba tu tau, cuma still halba dalam eclairs tu dapat rasa lagi.

So nanti bila-bila sistur rajin, sistur sambung pulak entri ni dengan hari penilaian inovasi. Sumpah getaq haritu sebab lect yang nilai rasa sesuai ke tak eclairs halba ni.

Kbye. Thank you for reading this entry!

Friday 22 December 2017

FASHION SHOW ERT UPSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sumpah dah lama tak update blog ni 😂. Last update pun bulan 2 sebab nak masuk giveaway. Tak update sebab malas dan busy ah. Kos Pendidikan Ert ingat tak busy? Siang malam tak tidur dok menjahit baju untuk fashion show, then bakery pulak. Bakeri tu dengan jualan, dengan inovasi bagai. Dalam bakery kena berdiri ja tau. Tu yang specialnya kami tak sama macam student lain, masuk kelas duduk je memanjang. Kami kena berdiri 7 jam tanpa duduk kot. Kalau siapa tak biasa, akan rasa getaran lah kat lutut anda. Penat, sumpah penat!

Berbalik dekat fashion show, nak cerita baju kalau design senang tak pa jugak. Ni iolls kena buat seluar harem pants yang tak terpikiaq langsung boleh buat kot. Tapi sistur berterima kasih sangat-sangat kat lect sistur sebab bagi design boleh tahan susah jugak sebab Puan mesti nak student dia explore lebih pasai design. Tak kan nak suruh student dia buat design then jahit baju biashe-biashe kan.

Ni lah design baju dengan seluar harem pants tu. "S" tu lect suruh guna kain songket. 
Aku pun tak pasti design dengan baju yang aku jahit sama ataupun tak. Ataupun lari 100%. 😂

Nak di jadikan cerita,aku dapat tau model aku excident last minute sehari sebelum fashion show kau. Nak menangis jugaklah time tu sebab baju tu aku dah ukur ikut ukuran badan dia tau. Tetiba dia excident. Dah la tak cakap langsung yang dia excident. At least bagitau lah sehari lepas excident tu, ni tak diam ja. Luka dekat lutut ja, phone still boleh main kan? Nak membebel pun tak guna jugak sebab benda ni dah 2 minggu berlalu uolls. But i still nak ckp terima kasih kat dia sebab sudi jugak jadi model sementara sebelum fashion show. So sis redho ja lah dan gigih cari model baru.

Then aku pening-peninglah nak cari model kat mana. Nak cari budak UPSI yang sama saiz dengan dia memang susah lah. Tinggi 168 kot. Aku nak ukur badan dia pun kena ginjat. Paham dak ginjat tu apa? Cari kat google sdn bhd lah. Hahaha.


Model baru I yang angkat tangan tu haa. Actually, she's my classmate. Tinggi dia tak sampai 168 cm pun. Gigih aku cari wedges bagi dia pakai supaya nampak tinggi sikit. HAHAHAHA!


Terima kasih sangat-sangat dekat Rahma model baru aku tu, kalau tak dak dia aku tak tau sapa nak sarung baju tu sebab aku tengok baju aku tu pun macam baju nak pi perang ja. Kesian dekat dia sebab dia pun designer macam aku untuk baju dia sendiri then jadi model untuk baju aku pulak. 

Setiap tahun sem 3 akan buat fashion show. Untuk sem 3 ni kena buat fashion show untuk subjek Pembuatan Pakaian Perempuan. Sem depan kami kena belajar Pembuatan Pakaian Lelaki. Sis dah kena start buat baju melayu lah sem depan. Baju lelaki lagi susah dari baju perempuan sebenanrnya tau. Macam-macam kolar kena belajar, seluar lagi. Jujur cakap nak teriak. Sapa yang ada basic jahit senanglah nak jahit. Macam aku ni ada basic menda ja. hahaha dari akaun ke ert. Nak tergelak pun hado. Tapi bersyukur ambik ert ni, hari demi hari dah mula berubah reti memasak jugak lah, menjahit lagi walaupun tak sehebat mak aku. Ada hikmah Allah letak aku kat kos ni. 

Lecturer dengan classmates i. Lecturer pun mcm student ja. Tanpa depa, tak mampu sis nak jahit baju tu tau. Puan Atiqah, Puan Su, Puan Hani, Puan Zan thankssss a lotttt 💖

Lupa nak cakap tema fashion show kami "90s comeback". So semua design ala-ala 90an walaupun aku tak nampak sangat pun 90an tu tang mana. Apa-apapun fashion show haritu memang the best ah. Seronok dapat tengok banyak baju diperagakan time tu. Semua lawa-lawa. Lagi seronok bila baju kita sendiri buat naik pentas. Rasa beban yang sis tanggung selama ni dok jahit siang malam dah hilang bila tengok baju sendiri naik pentas. 124 pasang baju diperagakan time tu sebab batch ert 16/17 ada 124 orang. Paling ramai lah. Sampai aku still tak kenai certain classmate aku yang lain wpun dah sem 3 kot. Setahun dah berlalu still ada yang aku x tau nama dia sapa. Maafkan aku.

Sampai sini ja lah aku merapu. Lain masa aku cerita lagi pasai class bakeri ka. Bakeri best lagi lah sebab dapat belajar masak macam-macam. 

P/s: 3/1/18 sis dah start final. Doakan hanim berjaya jawab dengan cemerlang. Kbai. Assalamualaikum wbt.