Tuesday 7 April 2020

Filem Review : The Odd Family : Zombie On Sale

Assalamualaikum, hye geng.


Hari ni aku nak buat sedikit review pasal movie yang aku tengok baru-baru ni. Aku nak cadangkan korang untuk tengok movie ni bagi sesiapa yang belum tengok lagi movie ni. Movie ini sesuai ditonton untuk hampa hampa yang suka gerne komedi seram, dan bagi aku tak seram pun. Kalau seram pun cuma ada 0.01% ja. Hahaha. Kalau korang bosan tak tau nak buat apa kan masa cuti ni, boleh la tengok movie ni. Movie ni sesuai jugak untuk tontonan satu family. Boleh la ajak mak, pak, adik, kak hang tengok movie ni depan tv tu sambil makan cokelat yang beli senighiiii nahhh.
The Odd Family : Zombie On Sale
Genre : komedi, seram tapi macam tak
seram haha
Movie ni sebenarnya cerita pasal satu family yang terjumpa dengan satu zombi. Jangan risau, zombi ni segak gila hahaha.  Setakat tengok movie pasal zombi ni tak pernah jumpa lagi zombi segak macam ni hahahaha. Yang menarik tu, zombi ni makan kobis kau hahahah. Aku tak tau kenapa dia makan kobis, mungkin bentuk kobis macam otak kot haha!
Zombi ni makan kobis tambah sos hahaha
Jadi, family ni gunakan zombi ni untuk kerja dengan diorang. Kerja apa zombi ni boleh buat? Hahaha! Kerja dia adalah gigit pakcik-pakcik yang berusia, setiap gigitan akan dikenakan bayaran dan kesan daripada gigitan tu diorang jadi muda, cergas, aktif macam zaman muda mudi dulu. 😂 So banyak la pakcik-pakcik datang kat kedai family ni sebab nak nampak awet muda balik. Rupa-rupanya, ada benda buruk dekat pakcik-pakcik ni lepas kena gigit dengan zombi tu.
Ni scene pakcik dah kembali awet muda. 
Kalau nak tau lepas tu jadi apa, korang kena tengok sendiri. Kalau aku cerita semua nanti tak sursuripris pulak. Hahaha. Sebenarnya aku yang tak rajin nak taip panjang panjang. 
Untuk rating cerita ni aku bagi 8.9/10. Bagi aku movie ni lebih kepada komedi la. Sepanjang masa ada ja lawak dalam cerita ni. Dari segi plot pulak tak berapa berat sangat. 
Jadi untuk sesiapa yang perlukan hiburan untuk menceriakan hari-hari anda tu, bolehlah tengok movie ni dengan family. Nak tunggu crush ceriakan hidup hampa, macam harapan tak cerah kan. I feel you bruh! Hahahaha. Okey, sampai sini saja post aku kali ni. Sorry kalau ada perkataan dalam loghat kedah yang hampa kurang faham.
Byee, Assalamualaikum geng. 

Wednesday 1 April 2020

Post pertama untuk tahun 2020

Assalamualaikum dan hai. Hampa sihat? Semoga pembaca pembaca blog aku diberi kesihatan yang baik  dan dipermudahkan segala urusan. Ni first post aku untuk tahun 2020. Dah masuk bulan 4 kot hang baru nak update hahaha. Punya malaih nak update blog. Biasalah busy kan hahaha acah. Memang aku tak rajin pun sebenaqnya. Doakan aku rajin la 2020 ni update blog ya haahaha. Memandangkan sekarang ni musim covid-19, jadi kita semua patut pakat duduk rumah ja. Jangan merayau tempat lain, just stay at home saja gais. #kitajagakita.
Sepatutnya hari ni hari last aku buat latihan mengajar aku di sekolah. Tapi disebabkan PKP, jadi latihan mengajar aku pun tak berjalan lah. Sekolah semua kena tutup. Budak budak pun semua dah balik kampung kan cuti sekolah seminggu haritu, termasuk aku lah balik kampung sekali hahahaha. Habis ja program sekolah berdesup angkut beg balik kampung, pi stesen bas haa.
Masa ni aku kena jadi emcee pibg sekolah.
Nasib la buat keputusan bijak haritu nak balik cuti sekolah, kalau tidak duduk kat asrama sekolah sebulan nak makan apaa kat sana. Dengan transport apa pun kami tak dak. Pastu praktikal pulak jauh dari kampung, mereput aku kat situ.
Ni la kami hahaha muka semua nampak baik, tapi masing masing perangai tak tau nak habaq lagu mana dah hahaha.
Dah lama tak mengajaq ni dah rindu nak melawak dengan student sis. Tengok perangai sorang sorang, boleh bawak mengucap haih laa hahaha. 
Jadi bersempena PKP tahap 2 ni, aku nak ingatkan supaya kita semua duduk di rumah jaa. Sikap kita yang akan tentukan sama ada tempoh PKP dilanjutkan ka dak.
Sampai sini saja post aku kali ni.  Post aku yang ni lebih kepada pesanan khidmat masyarakat sikit dengan cerita sikit pasal sekolah hahaha. Nak mengarut apa pun tak tau lah, cuti cuti ni otak pun dah tepu sekali. Oki geng, jumpa lagi nanti dekat post yang baru.