Assalamualaikum readers sekalian,
Dah nak sampai setahun jugak aku tak update blog ni. Tak update sebab malas, busy dengan komitmen study, kolej. Tapi sekarang i'm free sebab dah kurang komitmen sikit.
Cerita ni dah lama sebab aku pergi Sabah ni bulan 4 dulu. Tapi baru datang niat nak update blog ni. Rasa macam excited nak update pasal travel pergi Sabah ni sebab ni pengalaman pertama aku jejak kaki ke bumi Borneo. Sejujurnya cakap, aku tak pernal naik kapal terbang lagi tau, and masa pergi Sabah tulah, pengalaman pertama aku naik kapal terbang. Not bad la, tapi masa mula-mula nak berlepas naik kat langit tu macam pening sikit.
Mula-mula tu takut sebab macam-macam aku fikir dalam kepala semua benda yang menakutkan pasal kapal terbang. Apa yang aku doakan perjalanan aku selamat, pergi dan balik dari sana. Alhamdulillah perjalanan aku selamat.
Sebenarnya tak travel sangat pun, pergi sana untuk buat program dengan pelajar sekolah di Tawau. Pastu ada la melancong sikit. Aku dengan kawan aku dari Majlis mahasiswa kolej jadi fasilitator untuk program tu. Kakak abang fasi la katakan. Pengarah program ni salah seorang daripada mmk,so aku memang suka program ni sebab dapat travel tempat baru. Target kami student form 6 sekolah tu. Kami pergi sana untuk ajar student teknik-teknik menjawab STPM, mungkin teknik yang kami kongsikan ni walaupun tak sehebat mana tapi cukuplah untuk diorang guna sampai bila-bila.
Sampai ja kat sana, kami menginap dekat IPG Tawau. Kami sampai sana dekat pukul 9 jugak. Bagi orang yang 'perak' mcm aku ni, bila first time sampai Sabah tu, rasa pelik jugak sebab pukul 6 pun dah senja dah. Hahaha. Pastu pukul 6 pagi macam pukul 7 pagi kat Semenanjung haa. Mau tak perak.
Macam biasa, kat sekolah kami buat aktiviti ice-breaking, senamrobik pastu perkongsian ilmu dengan student. Tak dak gambar sangat sebab gambar dah banyak pi kat laptop lama. Aku rangkumkan ja semua gambar yang mana terselamat dalam phone aku dan rasanya gambar last day dekat sekolah yang banyak hahaha.
Masa ni last day. Murid berkumpul untuk dengar ucapan dari fasi. Sorang-sorang fasi kena bagi ucapan. Sedih jugak sebab kena berpisah dah. |
Tangkap gambar dengan adik-adik sebelum kami semua pulang ke IPG. Yang tengah jalan tu acap. Bro mpp huhu. |
Masa ni tengah senamrobik. |
No comments:
Post a Comment